Tuesday, November 30, 2010

Greening Santubong Xpedition 2010


Bergambar bersama peserta2 di Puncak Gunung Santubong

Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca sekalian...Kali ni penulis ingin berkongsi sedikit pengalaman atas penganjuran XPDC 'greening Santubong' yang merupakan satu projek yg aku sendiri yang anjur atas tiket JPK Kolej Perubatan. XPDC ni dirancang seminggu sebelum hari kejadian..kertas kerja disahkan pada hari selasa, memo pendaftaran naik hari rabu, penyertaan ditutup pada hari khamis dan mendaki hari Sabtu..surprisingly, 65 peserta mendaftar diri untuk menyertai XPDC 'sambil menyelam minum air' ni..Greening Santubong adalah XPDC mendaki Gunung Santubong dan pada masa yg sama membersihkan trek pendakian Gunung Santubong termasuk kawasan puncak Gunung yg setinggi 810 m dari aras laut ini..

Ini merupakan pendakian yg ke-lima utk penulis bagi Gunung ini dan aim aku adalah nk bawak budak2 , kwn2 lain ni smpai ke puncak..
Seramai 65 peserta, 2 org pegawai pengiring (thanks to Mr. Albert n Staf FPSK) telah menyertai XPDC ini yg diadakan pada 20 November 2010 lepas..Program yg mengutip yuran RM 10 setiap org, termasuk makanan tengahari yg disediakan oleh pihak penganjur telah bermula dgn taklimat satu hari sebelum hari pendakian..
Jam 6.30 pagi, budak2 sudah dikelui utk turun ke susur gajah kolej utk berkumpul dan pergi ke bas yg sudah menunggu.. Memang dengar kata budak2 medik ni..seperti yg dirancang atas kertas, masa berkumpul jam 7 pagi dan bas bertolak jam 7.30 pg..cun- cun, jam 7.29 pagi semua peserta dah ada dalam bas..7.30, jalan ke Balai Polis Santubong.. Di sini pendaftaran, makluman diberi kepada pegawai polis sebagai common procedure utk setiap aktiviti pendakian Gunung..Jam 8.45 pagi, pendakian bermula ikut jalan belakang..Masing2 dgn muka yg amat excited dan bersemangat utk memijakkan kaki di puncak Gunung Lagenda ini.. Lamgkah demi langkah disusun..dan makin jadi tidak tersusun selepas setengah jam mendaki trek 30-40 darjah continuously..ade yg pening lh ape lh..ade yg dh nk pecah jantung..almaklumlah pertama kali naik gunung..


Afiq : The strongest man

Sampai sahaja di Waterfall Junction, ada lh 4 org peserta yg dah pancit..SOB, dyspnoea, Palpitation, adrenaline rush,...semua ada. So, mereka2 ni terkandas di pertengahan jalan (walaupun x smpai stgh lg). Ape2 pun, syabas utk diorang sebab berani mencuba dan menyahut cabaran utk pendakian kali ini..Mereka berempat (tidak perlu disebut nama) pulang dgn kereta sejurus selepas itu dan peserta lain meneruskan perjuangan yg belum selesai..


View dari Puncak Santubong

DIpendekkan cerita, pendaki pertama tiba di puncak adalah pada jam 12 tghari dan terakhir adalah jam 1 petang.. 61 org peserta tiba di puncak dgn selamatnya..ni group paling besar aku pernah bawak naik gunung.mcm nk buat kenduri dh akubrasa kt atas tu..makan, amikgambar, solat, dan....


Aktivti mengutip Cenderamata

The aim...kutip sampah atas puncak Santubong utk dibawa pulang sebagai cenderahati.. 3 org share 1 plastik hitam..ade yg mengeluh, tapi nk buat mcm mana..dh aku suruh buat..klu x buat, kena jerkah plak..kesian..semua kena kutip termasuk lh aku sendiri..


Aku lh ni..the hero of the day..hahaha

Jam 2 petang, pendaki dh mula turun dgn membawa cenderamata Puncak santubong dn kutip jugak sampah2 di sepanjanag laluan turun ke kaki gunung..
Pendaki terakhir tiba di kaki Gunung adalah pada Jam 6 petang..kami semua solat asar dan maghrib di Balai Polis Santubong sebelum bergerak pulang ke Lot 77, Hostel, Rumah sewa masing2...Sampah yg berjaya dikutip beranggaran 10 kilo kot..thanks to all participants and not to the Collegian Administrator..
Heharap projek outdoor mcm ni dpt diteruskan oleh Junior2 aku nanti lh..jgn jadi Samdol.
Mungkin 2 je lh setakat ni..penat tgn aku... Dh kena Carpal Tunnel Syndrome dh ni..
Wassalam..

Wednesday, November 10, 2010

Tak Dapat Gading, Tanduk Pun Jadi


Krew2 Bergambar di puncak Gading

Ini merupakan satu kegilaan yang melanda diri Roskimifoto. Hahaha..minggu lepas baru naik Gunung Serapi, minggu ni kami telah menawan Gunung Gading pula tetapi membawa misi yang berbeza dari selalu. Gunung Gading yang terletak di Daerah Lundu (approx. 75 km from Kuching) merupakan Gunung yang telah kudaki 3 kali sebelum ini. Ia berketinggian 950m lebih kurang dari aras laut. Kali ini, 4 orang krew cuba untuk menawan Gading ni dengan bermatlamat nk pecahkan rekod masa pendakian dulu2..Kalau dahulunya amik masa 3 jam setengah (paling cepat) utk tiba di puncak, tp kali ini....entahlah. Kita cuba.
Krew2 yang terlibat adalah
1. Roskimifoto
2. Anas Zamani
3. Khairi Othman
4. Hasha Zainal


Air Terjun 7

Kami bertolak dari Kuching jam 6.15 pagi (6 November 2010) ke Taman Negara Gunung Gading dgn semangatnya. Tiba di kaki jam 7.45 pagi, report kt pondok pengawal, bayar yuran masuk (RM5), dan bersiap utk memulakan pendakian. Jam 8 pagi, pendakian bermula setelah menyantap makanan yang dibekalkan oleh member kitorg, (ANAIKI) pd malam sebelumnya. Bermula dgn langkah slow and steady..mingkin laju langkah.


cara menghilangkan panas badan

tup, tup, pada minit yang ke 25, kami tiba di pembetungan SESCO yang sepatutnya mengambil masa 45 minit utk sampai.. "uih..laju gile kita ari ni" ujar aku n khairi..Rehat 3 minit, lepas tu meneruskan pendakian ke Air Terjun yang ke 7..


kali ni sedemikian rupa. Masa ke sini sepatutnya 1 jam tapi, jam ditangan baru kami menggunakan 40 minit..Kt sini, rehat lama sikit( approx. 7-8 minit) buang air kecil dulu...kasi ringan sikit. Selepas air terjun ni, trek pacak 40-50 darjah bermula..jantungku mula palpitated. Anas yang mara dihadapan laju sungguh.. "woi...anas guna dua jantung..satu auto, satu lg manual..mana aci".. kata aku. Acap kali kitorng berhenti utk mengirup udara segar Gading ni..(alasan). setelah 2 jam 20 minit mendaki...aik? dh sampai puncak/.. terkezut beruk aku ngan keri yang pernah naik sebelum ni..apsal laju sgt..hhahha..bermakna kami telah membuat rekod peribadi utk masa pendakian Gunung Gading ni..


Tp ada satu masalah yg dihadapi...ngok semua. Kitorang naik berempat hanya bwk 1.3 liter air sahaja secara kumulatif.. smpai puncak dh tinggal 700ml...mane cukup nk minum..tercekik lh kitorg kt atas tu..dh lh mkn roti..


Makan roti tanpa air..seksa woo

Dh rehat sejam kt atas tu, kitorg pun turun lh..dalam waktu turun, singgah amik gambar, mandi waterfall, tgk bunga rafflesia, n mcm2 lg lh...





Bunga Rafflesia yg dh hancur dimusnahkan binatang?

x dpt lh buat rekod turun..Tp kitorg nk ingatakn kepada pmbaca, sila ke pekan lundu, ada ABC yg unik..apek tua lama jual ABC kt atas stesen bas. Die guna kikis je ais tu..hand made.. gambar, sila rujuk..

Apek ABC Lundu..kikis ais. Style!

Tu lh ceritera yg sempat disemadikan di Blog ni utk tatapan umum..2 minggu lagi, Gunung Santubong (for the fifth time) pulak akan ditawan bersama2 penghuni Kolej Perubatan UNIMAS. x boleh nk buat rekod lh kali ni..nantikan reportnya..SALAM..

Thursday, November 4, 2010

Jejak Serapi 2010




View dari puncak gunung Serapi (2600ft a.s.l)

Ini merupakan kali ke-3 aku menawan Gunung Serapi yg berlokasi di Taman Negara Kubah, Kuching Sarawak. Kali ni 8 org peserta join.

1. Roskimifoto
2. Afiq
3. Ikhwan
4. Syed Hazran
5. Hanis Izzat
6. Gudeng
7. Anas zamani
8. Faiz CY
Semua budak Fakulti aku. Saje je nk naik Gunung sebab dh lama x naik, so dpt lh keluarkan peluh2 jantan ni. Perjalanan bermula dgn berkumpul di susur gajah kolej jam 6.30 pagi. Kitorang nk naik awal sebab nk smpai puncak awal supaya dpt tgk view yg cantik sebelum di cover oleh cuaca panas. Pendakian bermula dengan breakfast kt kedai mamak, routine dilakukan sebelum apa2 outdoor aktiviti. Kitorg smpai di postguard kt tmn negara tu jam 7.45. Jam 8.00 start mendaki, wah, Afiq laju betul, anas jangan cakap lh, mcm toyol punye laju. Kali ni aku merasakan trek king yg paling laju skali. Buat pengetahuan semua, ini bukan lh trek favourite aku sebab trek gunung ni merupakan jalan tar sampai ke puncak. Tapi pacak 40-50 darjah. Sakit pinggang woo. Dengan berbekalkan ration, dapur, dan medication dgn kamera lg, berat beg aku kali ni baru 9-10 kilo.


Fresh mineral water di tepi trek


Puncak Serapi yang berbalam - balam dari jauh.


Dalam masa 1 jam suku, kitorg dapat satu panggilan telefon yg tidak kukenali nombor kontaknya, "woi, korang kt mane? aku kt puncak dh ni.." oo..anas rupanya. Die dh smpai ke puncak tapi kami lagi 400ft di bawah. Kira dia org first lh smpai puncak.. Kitorg slow and steady je..jalan ngan uncle n untie sorang ni..cool je. siap pakai payung lagi.

Di puncak Serapi

1 ujam 45 miniit masa diambil dan kitorg pun sampai lh di puncak dan tersergam indah satu pemandangan yg amat menarik. Lapisan banjaran gunung memukau lensa kameraku untuk diklik picunya. Di puncak, sesi fotografi bermula dgn Faiz CY punye Canon 550d yg baru dibelinya sebulan lalu.


Gambar bersama budak2 sekolah. Kerja amal skit.

Kali ni beast skit, x brapa lama lepas tu, ada segerombolan budak2 sekolah MRSM Kuching tiba di puncak. Kitorg pun buat lh mcm gempak..masak maggi bagi kt diorg, buat air teh, buat sesi ta'aruf dgn diorg, motivasi..sebelum cikgu diorg sampai.


Preparation maggi udang di puncak.


Maggi Udang Kari de' Serapi ( Thanks to Lee Fah Mee)

Kesian memandangkan budak2 ni bwk biskut kering SAHAJA. Air sejuk je ade kt tgn. gila ke apa, aku time daki gunung Form 1 dulu, kalau sampai puncak, dan org kasi makanan pulak, waaaahh.. bahagianya. mcm tu lh aku nk diorang rasa pulak..tu yg aku buat tu semua kt diorang. Dah panas tu, kitorg pun turun, siap lari2 lagi. sejam je masa diambil utk sampai ke bawah. rekod...rekod..


Dgn beg, sandal, n baju kesayangan. Dh bertahun2 mereka membawaku memijak Muka Bumi ini.

Dalam pendakian sebelum ni, masa mendaki selalunya 3 jam, n turun 2 jam.. kali ni, kitorg dh pecahkan rekod tu..dan mungkin akan cuba dipecahkan lagi pada pendakian akan datang. Ok...that's all for this trip. Next week akan naik Gunung Gading plak. Next week nye lagi, akan ke Sebuyau, sebuah kampung nelayan kecil di daerah Sri Aman. We'll see the travelog soon... Salam.

Monday, October 4, 2010

Fix

Fight or Flight???... I prefer flight.

When you try your best but you don't succeed
When you get what you want but not what you need
When you feel so tired but you can't sleep
Stuck in reverse
Align Center
And the tears come streaming down your face
When you lose something you can't replace
When you love someone but it goes to waste
Could it be worse?

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

And high up above or down below
When you're too in love to let it go
But if you never try you'll never know
Just what you're worth

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

Tears stream down your face
When you lose something you cannot replace
Tears stream down your face
And I

Tears stream down your face
I promise you I will learn from my mistakes
Tears stream down your face
And I

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

Tuesday, September 14, 2010

Dalam Kemajuan ada Keterlewatan


haha...proses penyawangan blog aku yg melampau.. Ni saje je nk share something..ari 2, time aku kt KL Sentral jam 3.30 pagi pada hari raya pertama, sunyi sepi..mcm kt bario dh aku rasa. Fikiranku menerewang seketika melihatkan kemajuan yg boleh tahan hebatnya di Kotaraya Kuala Lumpur ni... Melihatkan sekeliling...
Tiket beli pakai mesin tiada orang,
Televisi sudah leper kededaunan,
Cerobong penyaman udara menyondol2 di dindingan,
Keretapi tidak lagi berdrebar..dalam kesunyian dalam kemajuan...
Ketenangan di sebalik keriuhan perayaan
Dengan berbekalkan Sony aku di tgn, aku terperasan..
Ada kereta mainan,
Syiling dijolok untuk hiburan..
Terperosok di balik dinding Hitam..
Mengimbau zaman silam keanak- anakan..
Kutekan picu kamera meyimpan gambar di kad ingatan..
Dalam Kemajuan Ada Keterlewatan..
Dalam Kemajuan ada Keterlewatan,
Wahai kengkawan,
Jangan jadi sedemikian, fikiran maju, laju kepesatan,
Tapi masih ada karat kejahilan,
Dalam Kemajuan ada Keterlewatan..
Dalam Kemajuan ada Keterlewatan..
Dalam Kemajuan ada Keterlewatan

Cuba lihat gambar tu...amati betul2.

Saturday, July 31, 2010

At least I won Something...


Akhirnya...setelah lama nk try masuk photography competition..dan dkt post aku yg lepas 'hijau' ada sebut pasal ni..dan result die kuar ari ni..Hahaha...aku dpt no. 3. mmm...at least i got something from my "ape barang pakai SONY..." aku x tau lh gambar ape yg dpt no 1, 2..mungkin gambar kuman kot.. Ini lh gambar yg menang.. and before that, aku nk ucapkan bebanyak trima kasih kt kwn2, staf kolej medik yg byk menyokong aku dlm fotografi...


Kawen.





Assalamualaikum.Ha...yg ni secara officialnya aku terjebak dalam wedding photography. Ni adalah beberapa ulas gambar yg telah dpat kusemadikan ke dalam lensa kamera Sony Alpha200 aku yg ramai org perlecehkan ni.. Ape barang SONY??? ramai yg cakap mcm tu..tp aku tetap dgn pendirian aku, and i work well with it..Saksikanlah ape barang sony aku ni dalam majlis akad nikah akak kepada member aku nih.. My stand is "Photographing is Operator dependent".






Ha..bukan nenek ni yg nikah...ni nenek member aku ni..


Thanks for viewing...
Roskimifoto: 0138140946... hihihi..


Sunday, July 25, 2010

Hijau




Salam kepada pembaca roskimifoto. setelah lama menyepi dan berhabuk dah kot blog aku ni.. Kali ni saje je nak upload gambar.


Gambar2 ni adalah dari archive aku untuk sertai photography competition kat UNIMAS minggu depan. Pameran fotografi yg dinamakan "pameran hijau" kebetulan ke x kebetulan ntah same je mcm cerita adamaya tu...hihi.. ade lh 2-3 keping gambar yg aku hantar untuk masuk
competition tue...




Gambar2 diambil kt depan kolej kediaman aku je..nmpak mcm gempak lak..

Friday, June 11, 2010

Mem'betong'...


Pantai Tanjung Kembang, Kabong, Betong..

Salam..pembaca roskimifoto travelog.. kali ni nk kongsi satu trip bermotosikal yg mengcover daerah Sarikei dan Betong time kitorang third year kat Sibu tahun lepas..Trip ni dilaksanakan lepas abis exam Obstetrics n Gynaecology. Buat pengetahuan umum, Sarikei terletak lebih kurang 70km dari Sibu dan betong plak, 165km dari Sibu..

Tarikh : 22-23 Oktober 2010
Peserta : 4 orang
Mohd Naim Abdul Razak (Mad)
Mohd Hanis Mohd Nor (Hanis)
Mohd Ikhwan Ahmad Tarmizi (Ikhwe)
Mohd Zulkimi Roslly (Roskimifoto)
Kenderaan : Bermotosikal cub seorang satu
Makanan : Bawak sendiri
Tujuan Trip : Nak pergi semua tempat bersignboard coklat (pelancongan) sepanjang jalan Sarikei - Sri Aman in two days)

Sebenarnya x plan pun benda ni..tiba2, lepas exam ari khamis, terfikir nk g jalan2..apalagai, aku pun cadang lh nk g cover semua tempat ni dgn bermotosikal..baru challenging skit..Slumber..4 org kami setuju. Malam tu, semua servis motor, prepare ape yg patut, barang camping semua, khemah lh..ape lh..


Sekarang kite nk g mane? X payah pikir..jalan je. Kami pun ride lh motor2 buruk kami 2 ke arah Sarikei dan terus masuk ke jalan Sarikei- Sri Aman. Jalan ni menganjur sepanjang 170km lebih.. Destinasi first yg bersign board coklat adalah Tempat Perkelahan Air Terjun Sebangkoi. Located +- 30km from Sarikei tow, kitorang pun singgah lh.. tengok punye tengok, air sikit je..mcm kencing kuda yg terjun..Tp overall, klu nk camping cantik lh..ade pondok, tempat lapang, postu klu nk buat teamwork camp pun alright gak..amat sesuai. tempat pun terpelihara dari sampah2, tp x terpelihara dari maksiat lh..kih3..Nk camping kt sini ke? Naim tanya..."xpe lah. Kite jalan depan skit.. cari signboard lain..klu x bagus, kita patah balik sini"..kata hanis.

Kitorang pun terus lh ride motor 4 orang..jalan punye jalan, jumper signboard kedua yg kaler coklat..iaitu, Tapak Pesta Pantai Tanjung Kembang.. dekat Kabong. Tempat ni kampung lh..Dalam skit. x sangka jumpe pantai plak. kebetulan, time 2, pesta tu memang betul2 ada..setahun sekali je ada. Kami pun masuk kampung 2..sebelum solat jumaat, sempat gak masuk pesta 2..xde ape pun. mcm pasar mlm je..tp disebabkan jauh dari town, org kampung kt situ rasa meriah lh..Kt situ ada stesen minyak mini subsidized by LKIM. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Makan tengahari kt pekan kecik 2, pastu g solat jumaat kt masjid berhampiran..Kabong, Sessang n kampung berhampiran merupakan kampung Melayu. So, senang skit lh..


Masjid Kabong..

Lepas solat jumaat, sembang2 ngan penduduk kampung, tanya lh pasal apa yg best kt Kabong ni..kata mereka.."xde ape2 pun.." mendengarkan itu, kami pun teruskan perjalanan ke jalan besar tadi balik..20 km gak nk keluar. kami terus memburu signboard coklat... Next sign board coklat terjumpa setelah bawak motor lbh kurang 40 km... Signboard menunjukkan Tempat Perkelahan Air Terjun Naning dan Resort Bukit Saban. Kedua2 ni kena masuk ikut simpang sama..kitorang pun terus lh masuk ke simpang ni..kononnya nak ke Air terjun Naning tu lh..Name mcm gempak je..buat pengetahuan, kawasan ni didiami oleh kaum Iban Betong..Signboard tulis, 13 km nk ke Air tejun Naning. Kami pun dengan excitednya, ride lh..makin lama, makin kecik jalannya..makin naik bukit..Tiba2 aku rasa mcm tinggi je..mcm dh smpai atas bukit..turun bukit, naik bukit, turun bukit, naik bukit..xde simpang mane2 pun..rumah panjang banyak yg dilihat.. tp yg tradisional punyer..Terus punye terus...tiba2 sampai kt Sebuah rumah panjang..hahaha..masuk laman terus. Apalagai, masing2 dh tengok muke sesama sendiri...

Nk gelak pun ade, takut pun ade..kau gila..rumah panjang iban yg tradisional ni..paki buluh punyer..takut kena banati ngan diorang punyer headhunter kang..x pasal2 je putus...Sunyi je..tiba2, ada lh sorang nenek ni jenguk dari dalam dengan berkemban..menegur kitorang dalam bahasa Iban.."Dine Nuan....?" Terpinga2 gak nk jawab...almaklumlah..baru 2-3 bulan duduk kt Sibu. x pandai2 cakap Iban lagi..Nasib baik ada Hanis..di ni paham gak.."kami nk cari Air terjun Naning"...balas nenek tu.."Nadai air terjun naning..Bulak jak.." (maksudnya, xde air terjun naning, Tipu je sign board tu...). La....penat2 dari jauh masik kampung ni, tiba2 die kata air terjun x wujud...konfius2..Kitorang pun dipanggil lh jumpe ngan sorang muda kt umah 2..di kata memang xde pun air terjun tu..klu nk, air sungai kecik ada lh kt bawah tu..Kitorang pun decide nk tengok..mmmm....not bad. Ade gak sungai dekat ngan umah 2..berbatu tp air x kuat sangat..


Air dekat rumah panjang tu...

Nk Camping sini? tanya buadak2 ni..ntah2, diorang buang air terus ke sungai ni kot.. ish3....x jadi xjadi..kitorang pun naik balik ke rumah panjang..anjing banyak..jumpe plak ngan seorang pak cik tua ni..tengah buat parang..ketuk2 besi panas yg kaler merah ni.. Orang Iban memang terkenal dh seni buat senjata tajam ni..pedang ke, parang ke..banyak gak.. die tegur kami.."Dine nuan?".."Dari Sibu,,Saja jalai2." Berapa ikuk orang??" (berapa ekor orang) die tanye lagi.. terkejut gak...orang pun guna ekor..Kitorang pun jwab 4 ekor..sembang skit lh dgn dia walaupun x faham sgt.. main auk auk je..

Pastu kitorang pun teruskan perjalanan..ke Bukit Saban Resort yg terletak 4 km sebelum jalan keluar ke jalan besar.. Singgah jap..ia sebuah resort dalam hutan..ade air jeram sikit. ade tempat untuk buat camp ke ape ke..Boleh tahan jugak.. Tp x sesuai nk camping kata staf yg ade kat situ..

Kitorang pun bincang..nk tido kt mana mlm ni??? jam dh pukul 4...xpelah..kita jalan sikit lagi..klu x jumpa gak, tido je kt sebangkoi..Kitorang pun jalan lagi menghala ke arah Sri Aman..tp stil kt daerah Betong lg..another 20km..kitorang jumpe lh satu2nya stesen minyak antara Simpang Srikei td dengan Sri Aman.. Dalam 170 km tu, ada satu je stesen minyak..bayangkanlah..Kitorang isi minyak..pastu sembang lh dgn pump boy tu..tanye mane satu yg best utk camping..Spak Clearwater atau Kampung Murad?


Air merupakan transportasi utama ke rumah..Orang Iban dengan bot panjang membawa bekalan bahan api untuk generator elektrik mereka
1. Spak Clearwater.. Ini adalah kampung Iban yg ada sebuah sungai..namanya Sungai Spak..
Kampung Murad.. Sebuah Kampung Iban gak..tp jauh skit dari Petronas ni..ada sungai. Sungai Skrang..
2. Kedua2 tempat ni, ade air sungai jernih, berbatu, cantik n sesuai untuk camping..tp dalam kampung Iban lh..Ade beran ke xde beran je...


Hanis dengan gogglenya...org Iban pun pelik..


Atas bot panjang dekat Sungai Spak...mitak izin dulu beb..

tp kena mintak izin dulu lh..ni kampung orang,kata Mat..kitorang pun cari lh org iban yg berdekatan..lama gak, pastu jumpa seorang lelaki ni..tanya boleh camping ke x? Boleh....katanya. Dulu banyak orang camping kt sini.. Kitorang pun Camping kt situ..jam dh pukul 5 setengah... Kitorang pacak je khemah kt atas batu2 sungai tu..memang syahdu lh malam ni...


Dini hari di tebingan Sungai Spak

Kitorang persiapkan diri, kemas tempat tidur pastu start masak..ape yg ade main balun je masak..janji boleh makan...Kitorang collect kayu api dulu banyak2 sebelum gelap..mlm 2, campfire lh....sembang punyer sembang lepas mkn..masing2 dah ngantuk...tido je lh..tp mlm ni, memang bintang banyak giler..Subhanallah...indah sungguh langit ni...ZZZzzzZZZZzzz. To be continued...panjang sangat ni..boring plak..


Bunga2 hutan yang berguguran ke dalam sungai ni..


Brader ni lain mcm lh...nk memancing plak..

Sunday, June 6, 2010

Menjadi Manusia

Salam...ni bukan nk invite ape2 vacation mane2, or nk buat guide in photography..but guide in our life..bukan suka2 je roskimi nk bwk bdk2 jalan2 ni..sbnrnye, klu dipikir2kan time mana2 tempat yg aku g, byk pengajaran yg boleh diamik...nanti aku nk cer skit 2 backpacking yg aku buat awal tahun ari 2..4 hari n 8 hari respectively. The former (sibu-kapit-belaga-banjaran lumut- bintulu-sibu) n the later (Sibu -Miri- Kuala Baram- Marudi- Bario- Pa'Lungan-Long Medang (kalimantan)- Ba'kelalan-Lawas-Miri-Sibu)... klu pembaca pegi 2 tempat ni sorang2 or berdua je, balik2 insyaAllah kalian akan jadi 'Manusia'... try them and let me guide you how..


Di atas bumbung bot ekspres memudik ke hulu Sungai Rajang dari Kapit ke Belaga (6 jam)

"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya lah kamu (Kembali setelah) dibangkitkan" (Al-Mulk 67:15)

Saturday, June 5, 2010

Tour de' Bako 2010



Akhirnya...aktiviti yg dirancang berjaya dilaksanakan. Tour de' Bako 2010. Berlangsung selama 2 hari yang melibatkan 23 orang peserta dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS. Trimakasih kepada AJK bidan terjun spt:
Mohd fauzan Yunus - logistik
Hafriz Osman - perhubungan luar
Pak ya n Keri - logistik makanan
Suri - AJK penghalau babi hutan
Huda - AJK penghalau Macaca malacensis dengan kipas sate
dan yang lain2 - AJK penglibatan diri.

Hari pertama (2 jun 2010)

0700 - berkumpul di kolej perubatan unimas
0730 - gerak ke sahabat khan kafe (breakfast)
0830 - gerak ke kampong bako. (perjalanan dari bandar kuching ke kg. Bako lebih kurang 30 minit.
0900 - daftar masuk n charter boat. masuk Rm 4.10 per pax for students and RM 5 for general population. Boat (RM 18 per pax. ticket ulang alik antara kg. Bako n Teluk Assam (National Park HQ).
1000 - Tiba di HQ dan nk check in hostel, tp x dpt. kena check in kul 1400. So lepak2 je kt pantai n masak mkn tengahari. masak lomak cili api ayam, nasi, n air laici keruh. tap water supply kuning skit kt sini. tp ok lh. pejam mata boleh minum. pagi ni gak, peserta berpeluang melihat kera bekantan atau nama lainnya orang belanda, kera belanda, proboscis monkey in english and Nasalis lavartus in scientific name. gambar sepeti di bawah..


1400 - check in hostel ( RM 14 per pax per night for hostel wihtout air cond). untuk maklumat lanjut sila ke laman sesawang www.journeymalaysia.com dan harga penginapan, aktiviti boleh dibaca kt sini.
1430 - Aktiviti trekking ke Teluk pandan kechil. sabuah view point berbatu tinggi di tepi pantai. 2.5 km from teluk assam and will take 1.5 hours walking distance. Mengah juga crew2 beb. kt pantai ni, kadang2 ada taxi boat yang tunggu. boleh naik boat utk ke HQ (RM 7-8 per pax) dan kalau naik boat, dapat lh tengok batu kt tengah laut yg jadi mercu tanda Bako ni..gambar di bawah.
1700 - semua prepare diri dan tgk sunset petang tu. pastu sume kumpul utk BBQ. ingat BBQ x bley buat kt pantai. dan hanya boleh dibuat kt atas simen je. pastu bagi Muslim tourist, bwk jaring sendiri.. sebab babi hutan asyik jilat je ape yg die nampak. termasuklh jaring2 yg tersedia kt National park 2..


1900 - BBQ n mkn2 je. beware of babi hutan. die asyik kacau babikiu org je..kena ada AJK halau babi lh..thanks Suri.

Hari Kedua (3 jun 2010)

0500 - breaksfast kena prepare awal sebab beruk semua x bangun lagi. pagi ni kitorang prepare nasi ayam lemak kuning putih n air teh. pastu sandwich lagi.. around kul 7.30 mcm 2, beruk datang menyerang. semua benda die nk amik even kt tgn kita. memang mcm perang betul lh. beruk2 nk x takut plak..stay je. pastu imagine cmner lh klu kite nk lwn Israel laknatullah tu? kalau beruk pun dh takut kan..


0900 - trekking ke tanjung ape ntah. 400m dari HQ. tp bukit mencanak lh..ni pun satu view point gak. lepak2 kt sini. tp view kurang clear sebab pokok2 halang.

1030 - budak2 ni pun dh penat, plan asal nk g teluk paku, tp diorg xnk. so, g lepak kt pantai je lh. dengan makan nasi ayam yg dimasak pagi td. air keladi...hahaha. asyuu...minunm air keladi gak. ok je kan..
lepak punyer lepak, dh kul 2 ptg..


1400 - pack barang sume, pastu amik gambar skit kt depan office. balik, air laut dh surut n kena amik boat kt tgh2 laut. mongah gak den bejalan..after all, kul 3 lebih mcm 2 baru smpai kg Bako. n semua bersurai n pulai ke kolej lot. Thank for whom involved in this vacation organized by roskimifo. Next plan, Mabul, sabah... for enquiries, please contact roskimifoto.