Thursday, November 4, 2010

Jejak Serapi 2010




View dari puncak gunung Serapi (2600ft a.s.l)

Ini merupakan kali ke-3 aku menawan Gunung Serapi yg berlokasi di Taman Negara Kubah, Kuching Sarawak. Kali ni 8 org peserta join.

1. Roskimifoto
2. Afiq
3. Ikhwan
4. Syed Hazran
5. Hanis Izzat
6. Gudeng
7. Anas zamani
8. Faiz CY
Semua budak Fakulti aku. Saje je nk naik Gunung sebab dh lama x naik, so dpt lh keluarkan peluh2 jantan ni. Perjalanan bermula dgn berkumpul di susur gajah kolej jam 6.30 pagi. Kitorang nk naik awal sebab nk smpai puncak awal supaya dpt tgk view yg cantik sebelum di cover oleh cuaca panas. Pendakian bermula dengan breakfast kt kedai mamak, routine dilakukan sebelum apa2 outdoor aktiviti. Kitorg smpai di postguard kt tmn negara tu jam 7.45. Jam 8.00 start mendaki, wah, Afiq laju betul, anas jangan cakap lh, mcm toyol punye laju. Kali ni aku merasakan trek king yg paling laju skali. Buat pengetahuan semua, ini bukan lh trek favourite aku sebab trek gunung ni merupakan jalan tar sampai ke puncak. Tapi pacak 40-50 darjah. Sakit pinggang woo. Dengan berbekalkan ration, dapur, dan medication dgn kamera lg, berat beg aku kali ni baru 9-10 kilo.


Fresh mineral water di tepi trek


Puncak Serapi yang berbalam - balam dari jauh.


Dalam masa 1 jam suku, kitorg dapat satu panggilan telefon yg tidak kukenali nombor kontaknya, "woi, korang kt mane? aku kt puncak dh ni.." oo..anas rupanya. Die dh smpai ke puncak tapi kami lagi 400ft di bawah. Kira dia org first lh smpai puncak.. Kitorg slow and steady je..jalan ngan uncle n untie sorang ni..cool je. siap pakai payung lagi.

Di puncak Serapi

1 ujam 45 miniit masa diambil dan kitorg pun sampai lh di puncak dan tersergam indah satu pemandangan yg amat menarik. Lapisan banjaran gunung memukau lensa kameraku untuk diklik picunya. Di puncak, sesi fotografi bermula dgn Faiz CY punye Canon 550d yg baru dibelinya sebulan lalu.


Gambar bersama budak2 sekolah. Kerja amal skit.

Kali ni beast skit, x brapa lama lepas tu, ada segerombolan budak2 sekolah MRSM Kuching tiba di puncak. Kitorg pun buat lh mcm gempak..masak maggi bagi kt diorg, buat air teh, buat sesi ta'aruf dgn diorg, motivasi..sebelum cikgu diorg sampai.


Preparation maggi udang di puncak.


Maggi Udang Kari de' Serapi ( Thanks to Lee Fah Mee)

Kesian memandangkan budak2 ni bwk biskut kering SAHAJA. Air sejuk je ade kt tgn. gila ke apa, aku time daki gunung Form 1 dulu, kalau sampai puncak, dan org kasi makanan pulak, waaaahh.. bahagianya. mcm tu lh aku nk diorang rasa pulak..tu yg aku buat tu semua kt diorang. Dah panas tu, kitorg pun turun, siap lari2 lagi. sejam je masa diambil utk sampai ke bawah. rekod...rekod..


Dgn beg, sandal, n baju kesayangan. Dh bertahun2 mereka membawaku memijak Muka Bumi ini.

Dalam pendakian sebelum ni, masa mendaki selalunya 3 jam, n turun 2 jam.. kali ni, kitorg dh pecahkan rekod tu..dan mungkin akan cuba dipecahkan lagi pada pendakian akan datang. Ok...that's all for this trip. Next week akan naik Gunung Gading plak. Next week nye lagi, akan ke Sebuyau, sebuah kampung nelayan kecil di daerah Sri Aman. We'll see the travelog soon... Salam.

No comments: