Wednesday, November 10, 2010

Tak Dapat Gading, Tanduk Pun Jadi


Krew2 Bergambar di puncak Gading

Ini merupakan satu kegilaan yang melanda diri Roskimifoto. Hahaha..minggu lepas baru naik Gunung Serapi, minggu ni kami telah menawan Gunung Gading pula tetapi membawa misi yang berbeza dari selalu. Gunung Gading yang terletak di Daerah Lundu (approx. 75 km from Kuching) merupakan Gunung yang telah kudaki 3 kali sebelum ini. Ia berketinggian 950m lebih kurang dari aras laut. Kali ini, 4 orang krew cuba untuk menawan Gading ni dengan bermatlamat nk pecahkan rekod masa pendakian dulu2..Kalau dahulunya amik masa 3 jam setengah (paling cepat) utk tiba di puncak, tp kali ini....entahlah. Kita cuba.
Krew2 yang terlibat adalah
1. Roskimifoto
2. Anas Zamani
3. Khairi Othman
4. Hasha Zainal


Air Terjun 7

Kami bertolak dari Kuching jam 6.15 pagi (6 November 2010) ke Taman Negara Gunung Gading dgn semangatnya. Tiba di kaki jam 7.45 pagi, report kt pondok pengawal, bayar yuran masuk (RM5), dan bersiap utk memulakan pendakian. Jam 8 pagi, pendakian bermula setelah menyantap makanan yang dibekalkan oleh member kitorg, (ANAIKI) pd malam sebelumnya. Bermula dgn langkah slow and steady..mingkin laju langkah.


cara menghilangkan panas badan

tup, tup, pada minit yang ke 25, kami tiba di pembetungan SESCO yang sepatutnya mengambil masa 45 minit utk sampai.. "uih..laju gile kita ari ni" ujar aku n khairi..Rehat 3 minit, lepas tu meneruskan pendakian ke Air Terjun yang ke 7..


kali ni sedemikian rupa. Masa ke sini sepatutnya 1 jam tapi, jam ditangan baru kami menggunakan 40 minit..Kt sini, rehat lama sikit( approx. 7-8 minit) buang air kecil dulu...kasi ringan sikit. Selepas air terjun ni, trek pacak 40-50 darjah bermula..jantungku mula palpitated. Anas yang mara dihadapan laju sungguh.. "woi...anas guna dua jantung..satu auto, satu lg manual..mana aci".. kata aku. Acap kali kitorng berhenti utk mengirup udara segar Gading ni..(alasan). setelah 2 jam 20 minit mendaki...aik? dh sampai puncak/.. terkezut beruk aku ngan keri yang pernah naik sebelum ni..apsal laju sgt..hhahha..bermakna kami telah membuat rekod peribadi utk masa pendakian Gunung Gading ni..


Tp ada satu masalah yg dihadapi...ngok semua. Kitorang naik berempat hanya bwk 1.3 liter air sahaja secara kumulatif.. smpai puncak dh tinggal 700ml...mane cukup nk minum..tercekik lh kitorg kt atas tu..dh lh mkn roti..


Makan roti tanpa air..seksa woo

Dh rehat sejam kt atas tu, kitorg pun turun lh..dalam waktu turun, singgah amik gambar, mandi waterfall, tgk bunga rafflesia, n mcm2 lg lh...





Bunga Rafflesia yg dh hancur dimusnahkan binatang?

x dpt lh buat rekod turun..Tp kitorg nk ingatakn kepada pmbaca, sila ke pekan lundu, ada ABC yg unik..apek tua lama jual ABC kt atas stesen bas. Die guna kikis je ais tu..hand made.. gambar, sila rujuk..

Apek ABC Lundu..kikis ais. Style!

Tu lh ceritera yg sempat disemadikan di Blog ni utk tatapan umum..2 minggu lagi, Gunung Santubong (for the fifth time) pulak akan ditawan bersama2 penghuni Kolej Perubatan UNIMAS. x boleh nk buat rekod lh kali ni..nantikan reportnya..SALAM..

No comments: