Tuesday, November 30, 2010

Greening Santubong Xpedition 2010


Bergambar bersama peserta2 di Puncak Gunung Santubong

Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca sekalian...Kali ni penulis ingin berkongsi sedikit pengalaman atas penganjuran XPDC 'greening Santubong' yang merupakan satu projek yg aku sendiri yang anjur atas tiket JPK Kolej Perubatan. XPDC ni dirancang seminggu sebelum hari kejadian..kertas kerja disahkan pada hari selasa, memo pendaftaran naik hari rabu, penyertaan ditutup pada hari khamis dan mendaki hari Sabtu..surprisingly, 65 peserta mendaftar diri untuk menyertai XPDC 'sambil menyelam minum air' ni..Greening Santubong adalah XPDC mendaki Gunung Santubong dan pada masa yg sama membersihkan trek pendakian Gunung Santubong termasuk kawasan puncak Gunung yg setinggi 810 m dari aras laut ini..

Ini merupakan pendakian yg ke-lima utk penulis bagi Gunung ini dan aim aku adalah nk bawak budak2 , kwn2 lain ni smpai ke puncak..
Seramai 65 peserta, 2 org pegawai pengiring (thanks to Mr. Albert n Staf FPSK) telah menyertai XPDC ini yg diadakan pada 20 November 2010 lepas..Program yg mengutip yuran RM 10 setiap org, termasuk makanan tengahari yg disediakan oleh pihak penganjur telah bermula dgn taklimat satu hari sebelum hari pendakian..
Jam 6.30 pagi, budak2 sudah dikelui utk turun ke susur gajah kolej utk berkumpul dan pergi ke bas yg sudah menunggu.. Memang dengar kata budak2 medik ni..seperti yg dirancang atas kertas, masa berkumpul jam 7 pagi dan bas bertolak jam 7.30 pg..cun- cun, jam 7.29 pagi semua peserta dah ada dalam bas..7.30, jalan ke Balai Polis Santubong.. Di sini pendaftaran, makluman diberi kepada pegawai polis sebagai common procedure utk setiap aktiviti pendakian Gunung..Jam 8.45 pagi, pendakian bermula ikut jalan belakang..Masing2 dgn muka yg amat excited dan bersemangat utk memijakkan kaki di puncak Gunung Lagenda ini.. Lamgkah demi langkah disusun..dan makin jadi tidak tersusun selepas setengah jam mendaki trek 30-40 darjah continuously..ade yg pening lh ape lh..ade yg dh nk pecah jantung..almaklumlah pertama kali naik gunung..


Afiq : The strongest man

Sampai sahaja di Waterfall Junction, ada lh 4 org peserta yg dah pancit..SOB, dyspnoea, Palpitation, adrenaline rush,...semua ada. So, mereka2 ni terkandas di pertengahan jalan (walaupun x smpai stgh lg). Ape2 pun, syabas utk diorang sebab berani mencuba dan menyahut cabaran utk pendakian kali ini..Mereka berempat (tidak perlu disebut nama) pulang dgn kereta sejurus selepas itu dan peserta lain meneruskan perjuangan yg belum selesai..


View dari Puncak Santubong

DIpendekkan cerita, pendaki pertama tiba di puncak adalah pada jam 12 tghari dan terakhir adalah jam 1 petang.. 61 org peserta tiba di puncak dgn selamatnya..ni group paling besar aku pernah bawak naik gunung.mcm nk buat kenduri dh akubrasa kt atas tu..makan, amikgambar, solat, dan....


Aktivti mengutip Cenderamata

The aim...kutip sampah atas puncak Santubong utk dibawa pulang sebagai cenderahati.. 3 org share 1 plastik hitam..ade yg mengeluh, tapi nk buat mcm mana..dh aku suruh buat..klu x buat, kena jerkah plak..kesian..semua kena kutip termasuk lh aku sendiri..


Aku lh ni..the hero of the day..hahaha

Jam 2 petang, pendaki dh mula turun dgn membawa cenderamata Puncak santubong dn kutip jugak sampah2 di sepanjanag laluan turun ke kaki gunung..
Pendaki terakhir tiba di kaki Gunung adalah pada Jam 6 petang..kami semua solat asar dan maghrib di Balai Polis Santubong sebelum bergerak pulang ke Lot 77, Hostel, Rumah sewa masing2...Sampah yg berjaya dikutip beranggaran 10 kilo kot..thanks to all participants and not to the Collegian Administrator..
Heharap projek outdoor mcm ni dpt diteruskan oleh Junior2 aku nanti lh..jgn jadi Samdol.
Mungkin 2 je lh setakat ni..penat tgn aku... Dh kena Carpal Tunnel Syndrome dh ni..
Wassalam..

No comments: