Sunday, May 30, 2010

Tour de' Bako 2010


Gambar di atas merupakan pemandangan dari Taman Negara Bako. Diambil semasa roskimifoto ke sana baru- baru ini..Post ni hanya untuk announce aturcara aktiviti di atas.. semua peserta yg tersenarai, sila take note n makesure semua ni dipatuhi..aktiviti akan berjalan spt berikut:
Tarikh: 2-3 Jun 2010
Masa berkumpul : 7.30 pagi (2 Jun 2010)
Jangkaan tamat : Petang 3 Jun 2010
Bayaran yuran : Tidak dikenakan
Bayaran masuk taman negara, bot, n ape2 tiket: Atas diri sendiri (approx. RM15 seorang)
Transportasi: Kenderaan sendiri (Duit minyak pun sendiri) kalau naik flight, mahal lh..
Penginapan : Chalet 2 rumah will be used. (approx RM10- 15 seorang) non air-conditioned.
Makanan: Untuk memudahkan cara kerja dan pihak penganjur, setiap org perlu bawak - beras 2 setengah pot, bawang besar 2 biji, bwg putih setengah labu. peralatan akan diprovidekan oleh penganjur. BBQ akan diuruskan oleh pihak penganjur n wang akan dibahagi samarata.
Peralatan: Pinggan mangkuk, cawan, sudu (setiap org sendiri punya)
Aktiviti: tengok beruk n babi hutan je lah.. kata santai..

Segala pertanyaan boleh dibuat melalui fb roskimifoto or 013-8140946 sebelum hari kejadian. TQ.

Saturday, May 15, 2010

The Sunsetting Eyes...Hydrocephalus?


14 Mei 2010... Berbaloi betul outing ngan Dr. Ejarn Ca. kt pantai puteri, kg Santubong. Tengah tido, monyet ni kejut aku "woi monyet, jom g amik gambar..sunset". Aku yg dh x tdo 2 hari ni pun ikut je lh. Kesian kt monyet ni lak kan... Jam 4.30 ptg, gerak ke kg. Santubong, pantai puteri..Cuaca amat baik kt Kg. Santubong.
Aku ngan Ejarn pun menekan picu kamera kami... Nikon d40 vs. Sony a200w.. haha..dua2 entry level punyer kamera. tp gambar tak mcm entry level lh bro..gambar2 kt bawah ni lh antara gambar yg diambil semasa outing 2..


Gambar atas ni merupakan gambar2 typical sunset yg budak 3 tahun pun boleh amik. Gambar ni diambil guna Aperture priority, f18..bari lh nampak awan clear, langit jadi biru..dgn matahari yg x overexposed..amacam?? try lah...Canon s90 mana??
ape2 pun, aetiap gambar kena ada 3 prinsip
1. Rule of third
2. Composition/ framing
3. Background


Yang atas ni plak, kita guna composition yang lain skit..slalu org guna matahari n langit, kali ni kita guna matahari ngan pasir pantai lak..apa yang menarik, pantai ni lepas air surut, tu yang ada jalu2 yang menambah lagi nilai dalam gambar ni...letak matahari 2 ikut rule of third, jagn letak kt tgh..nanti gambar kurang menarik..kali ni, tambah temperature (set kt kamera) kepada 6000 kelvin...2 lah hasilnya.


Gambar air kt atas ni cuma nk tekankan satu teknik... kita gunakan aperture kecik f20 ke..ataupun klu gelap sangat, funa lebig dari f15. utk dpt gamabr matahari yang ada pancaran mcm bintang 2.. klu tangok betul2, air yang berkilat2 tu pun ada pancaran star-shape gak..boleh di apply kt apa2 juga sumber cahaya yang setitik. klu lampu kalimantang, x dapat der...

Satu lg teknik menarik utk sunset ni, adalah silhoutte teknik..maknanya nk dapatkan outline subjek kita je..contoh2 gamar ada kt bawah ni..


Gambar kt atas dihasilkan dgn guna shutter speed laju skit1/250 sec, dan aperture kecik skit utk dpt details awan 2.. Yang penting, letak pokok 2 dekat tepi sbagai 'natural framing'..n pkok 2 sebagai objek silhouette kita..


Ni satu lg composition yg menarik.subjek kita letak betul2 overlapped dgn matahari or sumber cahaya..shutter speed kasi laju skit .1/500 sec. kalau slow, xdpt outline subke sahaja, tapi dengan details objek pun dpt mcm mata, hidung, baku warna apa semua nampak..



Mesej yg penting dlm teknik silhoutte adalah jgn overlapped antara 2 subjek. Macam gamabr dia atas..ada 2 subjek..jg cantumkan outline kedua-dua subjek 2.. kalau x, gambar jd x menarik..sama jugak in case of kalau ada benda lain walaupun satu subjek. contohnya belakang objek ada bukit ke, pokok ke..jgn kasi overlapped dgn subjek. jika tidak, outline subjek kita akan hilang..so...maybe dahah pokok akan nampak mcm tgn untuk subjek orang kita..kan ke pelik 2..
Kat atas 2, gambar Roskimifoto dgn Dr Ejarn Ca.


Akhir sekali..kusemadikan gambar senior aku ni dalam silhoutte technique..lepas ni, mungkin monyet ni x dpt nk outing ngan aku mcm ni lagi dah..such an awesome senior.. Hidup Fotografi...!!!

Kat bawah ni..gambar lain untuk tatapan umum yg diambil time outing ni..





Selamat Bersunset!

Friday, May 7, 2010

All The Small Things - Macro Photography






Bosan pilak bila sampai weekend yang x berplanned ni. Malam ni saje je lh nk share dengan pembaca tentang macro photography. Pendek kata, gambar- gambar objek2 kecik lh. Orang layman mungkin asyik tanya sama mcm aku tanya dulu sebelum menceburi bidang ni..mcm mana nk amik gambar2 kecik mcm ni..mesti mahal kamera orang ni kan... tapi x lah susah sgt bila dh ada kamera n lens yang perlu.. saya x mampu lh nk beli true macro lens. cuma guna macro converter je. tp resultnya not bad lh..tak dapat lh nk compare dgn Tamron sp90mm macro diII f2.8...kualiti gambar yang superb. ni cuma nk share dgn photographer ekonomoney. Aku guna raynox macro converter 250. Benda ni cuma perlu attach kt depan lens je, mcm filter gak. Sharpness bergantung kepada jenis lens yang digunakan. Benda ni boleh fit filter size dari 52mm- 65 mm. ni yang specialnye benda ni..boleh guna apa jua jenis lens yang disukai. tp lagi panjang focal length lens yang digunakan, lagi pendek lah DOF nya. Harga lebih kurang 280 hengget kt pasaran malaysia..Lagi satu choice yang lagi murah adalah guna macro converter. ade 3 stage of macro. boleh buat combination antara ketiga-tiga ring ni.. cuma ring je, xde pun glass ke, optik ke..mode manual je yang boleh digunakan. kalau x, kamera x detect lens..depth of field bukan main pendek lagi bila guna benda ni..harga 50 hengget kalau baru. Member aku beli yang second hand 12 hengget je der.. tengok lh gambar2 kt atas tue... ade yang guna raynox, ade yang guna converter..murah tp tetap macro..

Sunday, May 2, 2010

XPDC Santubong '10



Ekspedisi pendakian Gunung Santubong ini merupakan kali yang ketiga buat Roskimfoto. Projek ni dirancang 4 hari sebelum hari kejadian. Beberapa perubahan telah dibuat. Pada mulanya, nk bertolak pagi, balik petang. pastu disebabkan kekangan crew2 lain, pendakian telah ditunda untuk dimulakan pada hari, bermalam di puncak dan turun pada keesokan harinya. Crew2 yang telah terlibat adalah seperti berikut:

1. Roskimifoto
2. Hafriz Osman (europian)
3. Ikhwanul
4. Awi Gerrard
6. Najmi
7. Hafiz
8. Ibnu Nuwawi Al- Kelantani

Berikut mmerupakan rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang xpdc ni..

Hari Pertama (1 May 2010)

Hari pertama bermula bila krew2 paking barang kt bilik oo3 kolej perubatan. Makanan sendiri dan air 5 liter setiap orang. Pastu semua krew solat Zohor dekat kolej dan berkumpul sejurus kemudian. Jam 1.30, bertolak ke santubong dan singgah jap kt pasar tani satok untuk membeli torchlight n bateri. Jam 2.30, sampai di balai polis santubong untuk melapor diri dan tempat dimana kami meletak kenderaan kami sehingga tamat ekspedisi. Pastu berjalan kaki sejauh 2 km untuk ke bukit puteri dimana kami akan memulakan pendakian. Jam 3 petang, tiba di bukit puteri, jumpa dengan sekumpulan besar pendaki dari IPG batu lintang n Poli Mukah. Nurman shah nk usha je awek2 kt situ. Pekena air tebu secawan, pastu dengan doa, pendakian bermula pada jam 3 petang. hahaha..baru 15 minit, krew2 dah stop dah..bkn penat. tapi bagi laluan kepada pendaki yang turun bukit. setiap 10 minit, stop. stop. Pendakian 30-45 darjah selama 45 minit sebelum rehat lama di simpang air terjun. Kami meneruskan perjalanan pada jam 4 petang. Orang kata, xpdc kali ni slow n steady ,method. Pendakian seterusnya merupakan trek pacak 45 hingga 85 darjah selama 2 jam termasuk melalui satu lembah untuk tiba di puncak anak santubong. Kami stop untuk pakej solat Asar dan Maghrib kt anak Santubong. Headlamp n torchlight diprepare untuk jalan malam. Pada jam 7.15 malam, perjalanan dalam kelam dimulakan untuk menggapai puncak. Kali ni, pendakian memacak antara75-90 darjah dengan menggunakan tangga bertali. Perghh..terasa hardcore plak.

Dalam fakta, perjalanan malam akan memakan masa 2 kaliganda lebih lama daripada siang hari. Jam 7.50 malam, Kami berjaya menakluk puncak Gunung Santubong (810 m/2658 ft) dan suhu persekitaran ketika itu sekitar 19 darjah celcius. Subhanallah..pemandangan dari puncak menampakkan bandaraya Kuching dan Kampung Santubong menyala2 dengan limpahan lampu.


Makan, minum, solat, kutuk orang, borak2 sampai lebam dan tidur pada jam 12 malam. Menu memang gempak. Jangan terkejut jika dikatakan kami makan nasi berlaukkan ayam sambal, kurma daging, sambal sotong, telur dadar, sohoon, sardin. Macam makan kat rumah. Hujan renyai2 pada malam itu, dan kami hanya tidur di pondok yang disediakan. Khemah diguna untuk membuat dinding. Beberapa episod krew2 terbangun kesejukan dimana kesejukan pada malam itu mencecah 16 darjah celcius. Ditambah dgn dengkur Roskimifoto n awi gerrard lagi. Insomnia lah krew2 lain tu.



Hari kedua

woi....bagun. dah 5.40 pagi. Semua krew bangun untuk persiapkan diri dan prepare sarapan. Pagi ni, hentam maggi tomyam, nescafe, n roti ikan bilis. Lipan gunung sepanjang satu kaki datang menyerang selepas sarapan. goyang jugak lah tengok lipan hitam oren tuh.. Krew2 repack barang dan perjalanan menuruni gunung dimulakan pada jam 8.10 pagi selepas selesai sesi bergambar dengan poyonya dilangsungkan. Hujan menemani krew2 sepanjang penurunan dan setengah jam kemudian, sampai di anak Santubong. Rehat sekejap, sebelum meneruskan perjalanan yang boleh dikatakan non-stop. Jumpa lipan lagi seekor, kemungkinan dalam hujan lipan2 keluar dari lubangnya. Sejam setengah kemudian, kami tiba di bukit puteri dimana kami memulakan pendakian semalam. Hujan semakin lebat mencurah di kepala semasa perjalan pulang ke Balai polis santubong. Kami tiba pada jam 11.30 pagi sebelum bertolak pulang ke kolej.

Saturday, May 1, 2010

My Girl Dalam Strobist


Mendengar tajuknya mungkin pelik kan.. tapi strobist tu adalah salah satu teknik fotografi yang telah aku pelajari...macam mana nk buat gambar mcm ni??
Perlukan SLR camera whatever brand (mine is sony a200) external flash gun with wireless function, then shoot. kit lens cukup. Background kena jauh skit untuk gelapkannya..guna shutter 1/1500 sec keatas (bergantung kepada exposure lah). aperture x kisah..bantai je. set flash pada fill flash with wide coverage and 1/1 compensation.. try lah. tak tau bley tanye or kite buat flash workshop.
Tapi...bukan gambar ni yang nk ditekankan..tapi siapa yang dalam gambar ini yang penting. Ni gambar mak aku. dia lahirkan aku by Classical CS d/t prolonged 2nd stage of labour. hmm... Sempena menjelangnya hari ibu yang orang putih kata "just around the corner", saje je nk ingatkan pembaca...Jgn lupakan insan yang bernama ibu/emak/mama/indai/amma/ ape2 je lah ni.. Selamat Hari Ibu...