Sunday, May 2, 2010

XPDC Santubong '10



Ekspedisi pendakian Gunung Santubong ini merupakan kali yang ketiga buat Roskimfoto. Projek ni dirancang 4 hari sebelum hari kejadian. Beberapa perubahan telah dibuat. Pada mulanya, nk bertolak pagi, balik petang. pastu disebabkan kekangan crew2 lain, pendakian telah ditunda untuk dimulakan pada hari, bermalam di puncak dan turun pada keesokan harinya. Crew2 yang telah terlibat adalah seperti berikut:

1. Roskimifoto
2. Hafriz Osman (europian)
3. Ikhwanul
4. Awi Gerrard
6. Najmi
7. Hafiz
8. Ibnu Nuwawi Al- Kelantani

Berikut mmerupakan rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang xpdc ni..

Hari Pertama (1 May 2010)

Hari pertama bermula bila krew2 paking barang kt bilik oo3 kolej perubatan. Makanan sendiri dan air 5 liter setiap orang. Pastu semua krew solat Zohor dekat kolej dan berkumpul sejurus kemudian. Jam 1.30, bertolak ke santubong dan singgah jap kt pasar tani satok untuk membeli torchlight n bateri. Jam 2.30, sampai di balai polis santubong untuk melapor diri dan tempat dimana kami meletak kenderaan kami sehingga tamat ekspedisi. Pastu berjalan kaki sejauh 2 km untuk ke bukit puteri dimana kami akan memulakan pendakian. Jam 3 petang, tiba di bukit puteri, jumpa dengan sekumpulan besar pendaki dari IPG batu lintang n Poli Mukah. Nurman shah nk usha je awek2 kt situ. Pekena air tebu secawan, pastu dengan doa, pendakian bermula pada jam 3 petang. hahaha..baru 15 minit, krew2 dah stop dah..bkn penat. tapi bagi laluan kepada pendaki yang turun bukit. setiap 10 minit, stop. stop. Pendakian 30-45 darjah selama 45 minit sebelum rehat lama di simpang air terjun. Kami meneruskan perjalanan pada jam 4 petang. Orang kata, xpdc kali ni slow n steady ,method. Pendakian seterusnya merupakan trek pacak 45 hingga 85 darjah selama 2 jam termasuk melalui satu lembah untuk tiba di puncak anak santubong. Kami stop untuk pakej solat Asar dan Maghrib kt anak Santubong. Headlamp n torchlight diprepare untuk jalan malam. Pada jam 7.15 malam, perjalanan dalam kelam dimulakan untuk menggapai puncak. Kali ni, pendakian memacak antara75-90 darjah dengan menggunakan tangga bertali. Perghh..terasa hardcore plak.

Dalam fakta, perjalanan malam akan memakan masa 2 kaliganda lebih lama daripada siang hari. Jam 7.50 malam, Kami berjaya menakluk puncak Gunung Santubong (810 m/2658 ft) dan suhu persekitaran ketika itu sekitar 19 darjah celcius. Subhanallah..pemandangan dari puncak menampakkan bandaraya Kuching dan Kampung Santubong menyala2 dengan limpahan lampu.


Makan, minum, solat, kutuk orang, borak2 sampai lebam dan tidur pada jam 12 malam. Menu memang gempak. Jangan terkejut jika dikatakan kami makan nasi berlaukkan ayam sambal, kurma daging, sambal sotong, telur dadar, sohoon, sardin. Macam makan kat rumah. Hujan renyai2 pada malam itu, dan kami hanya tidur di pondok yang disediakan. Khemah diguna untuk membuat dinding. Beberapa episod krew2 terbangun kesejukan dimana kesejukan pada malam itu mencecah 16 darjah celcius. Ditambah dgn dengkur Roskimifoto n awi gerrard lagi. Insomnia lah krew2 lain tu.



Hari kedua

woi....bagun. dah 5.40 pagi. Semua krew bangun untuk persiapkan diri dan prepare sarapan. Pagi ni, hentam maggi tomyam, nescafe, n roti ikan bilis. Lipan gunung sepanjang satu kaki datang menyerang selepas sarapan. goyang jugak lah tengok lipan hitam oren tuh.. Krew2 repack barang dan perjalanan menuruni gunung dimulakan pada jam 8.10 pagi selepas selesai sesi bergambar dengan poyonya dilangsungkan. Hujan menemani krew2 sepanjang penurunan dan setengah jam kemudian, sampai di anak Santubong. Rehat sekejap, sebelum meneruskan perjalanan yang boleh dikatakan non-stop. Jumpa lipan lagi seekor, kemungkinan dalam hujan lipan2 keluar dari lubangnya. Sejam setengah kemudian, kami tiba di bukit puteri dimana kami memulakan pendakian semalam. Hujan semakin lebat mencurah di kepala semasa perjalan pulang ke Balai polis santubong. Kami tiba pada jam 11.30 pagi sebelum bertolak pulang ke kolej.

No comments: